Facebook
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐏𝐓 𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑: 𝐓𝐇𝐄 𝐀𝐑𝐓 𝐎𝐅 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀𝐂𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐀𝐈
𝟭𝟴-𝟭𝟵 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂
Seramai 26 orang kakitangan Yayasan Terengganu telah menyertai Kursus Prompt Power: The Art of Interaction with AI yang berlangsung di TD1303 selama dua hari, bermula 18 hingga 19 November 2025.
Kursus berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Yayasan Terengganu, Encik Mohd Nazri bin Muda, dengan objektif memperkukuh keupayaan peserta dalam penerapan teknologi kecerdasan buatan bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan tugasan harian.
Sesi pengajaran dan pembelajaran disampaikan oleh dua penceramah dari INTAN Bukit Kiara, iaitu Puan Farah Ain binti Mohd Tajudin dan Puan Siti Nadiah AlSadat binti Shukkran Hilmi, yang berkongsi kepakaran serta amalan terbaik berkaitan interaksi berkesan dengan teknologi AI.
Program ini diharapkan dapat memantapkan kompetensi profesional warga kerja Yayasan Terengganu serta menyumbang kepada peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan pada masa hadapan.

Galeri
: 0