info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐓 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 ONE OFF 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 & ST...

22/10/2025

Facebook
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐓 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 ONE OFF 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 & ST...
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐓 𝐒𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 ONE OFF 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐀𝐋𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐌 & STPM 2025 𝐒𝐌𝐈𝐘𝐓

𝟮𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗺𝗮𝗻

Pengarah Yayasan Terengganu (YT), YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab telah meluangkan masa menyampaikan amanat khas kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) daripada Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) dalam satu majlis yang penuh bermakna.

Majlis Amanat Pengarah YT yang berlangsung secara berpusat telah diadakan di Dewan Hayati Ilmi, SMIYT Kemaman dan melibatkan seramai 543 orang calon peperiksaan SPM dan STPM dari seluruh SMIYT.

Dalam majlis tersebut, Encik Ahmad Farhan turut menyempurnakan penyampaian Bantuan One-Off kepada calon-calon SPM dan STPM SMIYT sebagai sokongan kewangan menjelang peperiksaan. Sebagai simbolik majlis, beliau juga turut menyerahkan kit peralatan peperiksaan kepada para pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Usaha ini merupakan salah satu inisiatif Yayasan Terengganu dalam memastikan pelajar-pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersedia, bermotivasi dan mendapat sokongan yang sewajarnya dalam menempuh ujian penting dalam kehidupan akademik mereka.




Galeri

: 0