Facebook
𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
𝟮 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Yayasan Terengganu (YT) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Darussalam School, Narathiwat, Thailand dalam usaha memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan.
Delegasi tersebut diketuai oleh Pengetua Darussalam School, Puan Nurihan Rengma dan disambut oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof bersama beberapa pegawai dari Bahagian Pengurusan Imtiaz YT.
Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk meneroka peluang perkongsian pintar serta meninjau keupayaan institusi masing-masing dalam memperkasa sistem pendidikan. Selain itu, ia juga menjadi platform pertukaran pandangan berkaitan pengurusan sekolah dan pembangunan pelajar.
Darussalam School merupakan sebuah sekolah swasta yang terletak di Wilayah Narathiwat dan kini menempatkan seramai 5,400 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang.
YT berharap kunjungan ini dapat membuka ruang perkongsian dan idea berkaitan pendidikan demi manfaat kepada pelajar-pelajar.
#yt2025
#membangunilaimerintiskejayaan
#MalaysiaMadani
#TerengganuMajuBerkatSejahtera

Galeri
: 0