Facebook
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐จ๐ง๐จ๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ก๐๐ฉ๐๐ ๐๐๐จ๐ ๐๐๐ ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ ๐ ๐๐ฅ๐๐๐, ๐๐๐ง๐จ๐ฆ ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐๐ง ๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐
KUALA BERANG, 25 September โ Karnival Idul Ilmi 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang menerusi Majlis Perasmian Penutupan yang berlangsung di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Berang hari ini.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional merangkap Ahli Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu.
Beliau turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival selama tiga hari tersebut, bermula 23 September lalu.
Seramai 304 murid daripada 8 buah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan. Sebanyak tujuh acara utama telah dipertandingkan merangkumi 22 kategori, antaranya hafazan, tilawah al-Quran, nasyid, khat serta pidato dalam tiga bahasa โ Melayu, Inggeris dan Cina.
Menurut Yang Berhormat Hajah Zuraida, penganjuran Karnival Idul Ilmi bukan sekadar aktiviti tahunan, malah merupakan platform penting dalam membentuk pelajar yang bersahsiah tinggi dan seimbang dari segi rohani, intelek dan kepimpinan. Beliau turut menekankan bahawa karnival ini adalah manifestasi kepada pendekatan pendidikan Ulul Albab yang menekankan elemen Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.
โProgram seperti ini adalah wadah terbaik untuk mencungkil bakat, membina keyakinan diri dan menyerlahkan potensi pelajar Imtiaz dalam pelbagai bidang,โ ujar beliau.
Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Perempuan, manakala Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu menyandang Johan Keseluruhan Lelaki sekaligus dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Karnival Idul Ilmi 2025.
Selain itu, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang diumumkan sebagai tuan rumah bagi penganjuran Karnival Idul Ilmi Tahun 2026.
Majlis diakhiri dengan ucapan tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing dan pemenang yang telah menunjukkan komitmen tinggi sepanjang karnival berlangsung.
#yt2025
#membangunilaimerintiskejayaan
#MalaysiaMadani
#TerengganuMajuBerkatSejahtera

Galeri
: 0