info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝟏𝟎 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐓𝐔𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀 𝟮𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿...

24/09/2025

Facebook
𝟏𝟎 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐓𝐔𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀 𝟮𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿...
𝟏𝟎 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐓𝐔𝐍𝐈𝐒𝐈𝐀

𝟮𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 | 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗚

Seramai 10 orang pelajar Skim Pelajar Cemerlang (SPC) tajaan Yayasan Terengganu berangkat ke Tunisia awal pagi ini bagi melanjutkan pengajian mereka di negara Afrika Utara itu.

Kesemua pelajar tersebut telah diraikan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas.

Majlis pelepasan itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Pembangunan Insan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Haji Ahmad Shah bin Mohamed, yang hadir memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada para pelajar.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, yang sama-sama memberikan sokongan dan iringan doa kepada para pelajar.

Penghantaran pelajar ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu dalam melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.




Galeri

: 0