info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐋𝐔𝐋 𝐀𝐋𝐁𝐀𝐁 𝐒𝐌 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘...

10/09/2025

Facebook
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐋𝐔𝐋 𝐀𝐋𝐁𝐀𝐁 𝐒𝐌 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘...
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐋𝐔𝐋 𝐀𝐋𝐁𝐀𝐁 𝐒𝐌 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝟭𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂

Seramai 640 orang pelajar tingkatan 1 dari Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu diraikan hari ini dalam Majlis Penutupan Program Khas Asasi Ulul Albab Tahun 2025 Sekolah - Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu yang berlangsung selama enam bulan bermula Mac hingga Ogos 2025.

Majlis penutupan program ini diadakan bagi meraikan kejayaan anak soleh pintar yang telah melalui pelbagai modul merangkumi 3 komponen utama iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik sepanjang program. Program ini bertujuan melahirkan generasi Ulul Albab yang berilmu, berakhlak mulia dan mempunyai daya kepimpinan tinggi selaras dengan falsafah Imtiaz.

Turut hadir merasmikan Majlis Penutupan Program Khas Asasi Ulul Albab ini adalah Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Puan Suffianah binti Jalaluddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz, Pegawai- pegawai Yayasan Terengganu, para pengetua dan pengurusan sekolah, serta ibu bapa penerima anugerah.

Majlis penutupan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk terus melangkah ke peringkat seterusnya dengan membawa nilai dan prinsip Ulul Albab ke arah kecemerlangan masa depan.





Galeri

: 0