Facebook
𝐒𝐔𝐏𝐄𝐑 𝐊 𝟐.𝟎 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐢𝐫𝐚𝐢 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠
𝟴 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Program SUPER K 2.0 melabuhkan tirainya dengan penuh warna-warni dalam satu majlis penutup yang berlangsung meriah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Hishamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.
Majlis penutup turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, PERMATA UIAM telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan untuk edisi kali ini, sekali gus membuktikan kecemerlangan mereka sepanjang program berlangsung.
Ucapan tahniah turut diberikan kepada semua peserta dan pemenang atas semangat kesukanan dan penyertaan aktif mereka dalam program ini.
Turut hadir memeriahkan majlis penutup ialah Yang Berusaha Encik Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Yang Berusaha Encik Mohd Nazri bin Muda, Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu serta pegawai-pegawai Yayasan Terengganu.
Program SUPER K 2.0 sekali lagi membuktikan kejayaannya dalam menghimpunkan mahasiswa Anak Terengganu dan terus menjadi platform pembangunan modal insan, sahsiah serta kepimpinan generasi muda.
#yt2025
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani

Galeri
: 0