info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ πˆπŒπ“πˆπ€π™ π˜π€π˜π€π’π€π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓 πƒπˆππŽππ€π“ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„π...

05/09/2025

Facebook
π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ πˆπŒπ“πˆπ€π™ π˜π€π˜π€π’π€π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓 πƒπˆππŽππ€π“ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„π...
π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ πˆπŒπ“πˆπ€π™ π˜π€π˜π€π’π€π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓 πƒπˆππŽππ€π“ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ π€π†π€πŒπ€ π“π„π‘ππ€πˆπŠ ππ„π†π„π‘πˆ

𝟱 π—¦π—²π—½π˜π—²π—Ίπ—―π—²π—Ώ | π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—” π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—¨

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1447H/2025M telah berlangsung dengan penuh barokah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Sambutan Maulidur Rasul tahun ini diadakan dengan bertemakan β€œMembangun Ummah Madani”, selari dengan usaha memperkukuhkan nilai-nilai Islam dalam pembangunan masyarakat di negara ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan mencemar duli merasmikan majlis tersebut, yang turut dihadiri oleh barisan kepimpinan negeri, para pegawai kerajaan, pendidik serta pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Sekolah Menengah Agama Terbaik sebagai penghargaan kepada institusi yang cemerlang dalam pendidikan Islam. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dinobatkan sebagai penerima tempat pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000. Turut membanggakan, SMIYT Setiu berjaya meraih Tempat Ketiga dalam anugerah yang sama, sekaligus membuktikan kecemerlangan berterusan rangkaian sekolah Imtiaz dalam melahirkan pelajar berakhlak mulia dan cemerlang dalam bidang akademik serta keagamaan.

Majlis yang berlangsung diserikan dengan tausiyah khas sempena sambutan Maulidur Rasul yang menekankan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta penghayatan terhadap sunnah Baginda dalam kehidupan seharian. Majlis dengan suasana penuh harmoni dan spiritual ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menyemarakkan semangat kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta memartabatkan pendidikan Islam di negeri Terengganu.





Galeri

: 0