Facebook
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐌𝐀𝐍
𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡
Pengarah Yayasan Terengganu, dalam satu lawatan kerja rasmi ke daerah Kemaman, telah turun padang bagi meninjau fasiliti dan operasi institusi pendidikan di bawah kelolaan Yayasan Terengganu.
Lawatan dimulakan di Asrama Yayasan Terengganu Kemaman (AYTK) dan disambut mesra oleh Pegawai Yayasan Terengganu Daerah Kemaman, Encik Syazwan Shauqi bin Mutufarudin bersama warga kerja AYTK.
Seterusnya, Pengarah meneruskan lawatan ke SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman, bagi mendekati pelajar dan mendapatkan gambaran sebenar terhadap cabaran serta keperluan semasa.
Dalam lawatan ini juga, Pengarah turut merasmikan Majlis Peluncuran Whistleblowing dan Anti-Buli Peringkat Sekolah, yang diadakan di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman. Inisiatif ini merupakan langkah proaktif dalam usaha membanteras budaya buli di sekolah dan memperkukuh keselamatan serta kesejahteraan pelajar melalui saluran aduan yang lebih telus dan berkesan.
#yt2025
#membangunilaimerintiskejayaan
#MalaysiaMadani
#TerengganuMajuBerkatSejahtera

Galeri
: 0