info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐗𝐈𝐒 𝐁𝐔𝐒𝐈𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐈𝐍𝐍𝐎𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍...

27/08/2025

Facebook
𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐗𝐈𝐒 𝐁𝐔𝐒𝐈𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐈𝐍𝐍𝐎𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍...
𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐗𝐈𝐒 𝐁𝐔𝐒𝐈𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐈𝐍𝐍𝐎𝐕𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄

𝟮𝟳 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥

Yayasan Terengganu mengadakan satu lawatan penanda aras ke Maxis Business Innovation Centre yang diketuai oleh Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab dalam usaha memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam aspek pembangunan pendidikan, teknologi dan inisiatif digital.

Lawatan ini bukan sekadar kunjungan hormat, sebaliknya menjadi platform penting untuk merintis pelbagai peluang kerjasama yang memberi manfaat besar kepada rakyat, terutamanya generasi muda di negeri Terengganu.

Yayasan Terengganu amat menghargai keterbukaan pihak Maxis dalam berkongsi pengalaman, kepakaran serta solusi inovatif yang ditawarkan. Hasil daripada kunjungan ini, pihak Yayasan Terengganu memperoleh banyak maklumat dan pandangan baharu tentang bagaimana teknologi digital dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan, memperluas capaian komunikasi, serta memperkukuhkan agenda transformasi digital di negeri Terengganu.




Galeri

: 0