info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐌𝐄𝐍𝐄𝐋𝐔𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐁𝐎𝐊 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑: 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐘𝐓 𝐊𝐄 𝐁𝐅𝐒𝐔, 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀 𝟮𝟲 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 |...

26/08/2025

Facebook
𝐌𝐄𝐍𝐄𝐋𝐔𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐁𝐎𝐊 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑: 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐘𝐓 𝐊𝐄 𝐁𝐅𝐒𝐔, 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀 𝟮𝟲 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 |...
𝐌𝐄𝐍𝐄𝐋𝐔𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐓𝐄𝐌𝐁𝐎𝐊 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑: 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐘𝐓 𝐊𝐄 𝐁𝐅𝐒𝐔, 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀

𝟮𝟲 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂

Yayasan Terengganu telah mengadakan Majlis Penghantaran dan Penyerahan Pendahuluan Diri kepada empat orang pelajar cemerlang yang akan melanjutkan pengajian ke Beijing Foreign Studies University (BFSU), China, bagi sesi akademik 2025.

Kesemua pelajar terpilih akan mengikuti pengajian dalam bidang Ekonomi dan Perniagaan di bawah Program Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Terengganu, sebagai sebahagian daripada usaha negeri dalam melahirkan generasi profesional bertaraf antarabangsa.

Keempat-empat pelajar ini merupakan lepasan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang, dan telah mengikuti Program Tahfiz Mandarin Imtiaz, yang menggabungkan pengajian al-Quran dengan penguasaan bahasa asing sebagai persediaan ke peringkat global.

Mereka telah berjaya menamatkan Program Persediaan di INTEC Shah Alam yang berlangsung dari Mei hingga Ogos 2025. Seterusnya, mereka akan mengikuti program asasi selama enam bulan di China sebelum memulakan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda selama empat tahun di BFSU.

Kos tajaan keseluruhan bagi setiap pelajar adalah sebanyak RM247,000.00, yang merangkumi yuran tuisyen, penginapan, permit residen, bayaran utiliti serta insurans. Selain itu, pelajar juga akan menerima Elaun Wang Saku sebanyak RM1,600.00 sebulan sepanjang tempoh pengajian.

Yayasan Terengganu menzahirkan komitmen berterusan dalam menyokong pendidikan tinggi dan memperluas peluang pembelajaran di peringkat antarabangsa, sejajar dengan hasrat negeri untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak tinggi.

Majlis penghantaran ini bukan sahaja meraikan kejayaan pelajar, tetapi turut menjadi simbol harapan dan pencapaian pendidikan negeri Terengganu ke peringkat global.




Galeri

: 0