info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐓 𝐓𝐈𝐔𝐏 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟮𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀...

25/08/2025

Facebook
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐓 𝐓𝐈𝐔𝐏 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟮𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀...
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐓 𝐓𝐈𝐔𝐏 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍

𝟮𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂

Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab telah meluangkan masa bagi menyampaikan amanat kepada kontinjen perbarisan Yayasan Terengganu sempena penyertaan dalam sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu yang akan datang.

Majlis penyampaian amanat tersebut berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik dan turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan Yayasan Terengganu.

Dalam amanatnya, beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen serta semangat waja yang ditunjukkan oleh kontinjen perbarisan Yayasan Terengganu. Beliau turut menyeru agar semua ahli kontinjen membawa nama baik Yayasan Terengganu dan menonjolkan semangat patriotisme serta disiplin tinggi sepanjang penyertaan.

Majlis ini turut menjadi platform untuk menyuntik motivasi dan meningkatkan kesediaan kontinjen menjelang acara perbarisan Hari Kebangsaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.




Galeri

: 0