Facebook
𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐐𝐖𝐀 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐊𝐔𝐏𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐎𝐓𝐈𝐕𝐀𝐒𝐈
𝟮𝟭 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿, 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂
Satu ceramah bertajuk "Nilai Iman dan Taqwa dalam Kerjaya" telah diadakan di Dewan Besar, Yayasan Terengganu dan mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kerja Yayasan Terengganu.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah bin Haji Hussin, yang berkongsi pengisian berkaitan kepentingan menjadikan nilai iman dan taqwa sebagai asas dalam menjalani kerjaya seharian.
Menurut beliau, keikhlasan dalam bekerja, amanah dalam tanggungjawab, serta etika profesional berlandaskan syariat merupakan tunjang kepada keberkatan rezeki dan kemajuan kerjaya seseorang Muslim.
Program ini bertujuan memupuk kesedaran spiritual dalam kalangan warga Yayasan Terengganu agar sentiasa menjadikan kerjaya sebagai satu bentuk ibadah yang mendapat keredaan Allah SWT.

Galeri
: 0