info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐙𝐔𝐑𝐀𝐈𝐃𝐀 𝟮𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗥𝗮𝗸𝗶𝘁 Sat...

21/08/2025

Facebook
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐙𝐔𝐑𝐀𝐈𝐃𝐀 𝟮𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗥𝗮𝗸𝗶𝘁 Sat...
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐙𝐔𝐑𝐀𝐈𝐃𝐀

𝟮𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗥𝗮𝗸𝗶𝘁

Satu kunjungan prihatin telah diadakan ke kediaman Puan Zuraida binti Hussain oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Shafizi bin Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit bersama Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu serta pegawai-pegawai Yayasan Terengganu.

Kunjungan ini bertujuan untuk menziarahi dan menyantuni keluarga Puan Zuraida yang kini menghadapi kesulitan hidup. Beliau menghidap penyakit diabetes yang kronik dan tidak lagi mampu untuk berjalan sendiri, sekali gus menjejaskan keupayaan beliau dalam menjalani kehidupan seharian.

Sebagai tanda keprihatinan, Yayasan Terengganu telah menghulurkan bantuan berupa keperluan asas harian serta sokongan pendidikan kepada anak-anak Puan Zuraida, bagi meringankan beban keluarga tersebut.

Inisiatif ini selaras dengan komitmen berterusan pihak Yayasan Terengganu dan kepimpinan setempat dalam memastikan kebajikan golongan memerlukan, khususnya keluarga asnaf, terus diberi perhatian sewajarnya.




Galeri

: 0