info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐌𝐮𝐤𝐡𝐚𝐲𝐲𝐚𝐦 𝐔𝐥𝐮𝐥 𝐀𝐥𝐛𝐚𝐛 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝟭𝟰 𝗢𝗴𝗼𝘀...

14/08/2025

Facebook
𝐌𝐮𝐤𝐡𝐚𝐲𝐲𝐚𝐦 𝐔𝐥𝐮𝐥 𝐀𝐥𝐛𝐚𝐛 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝟭𝟰 𝗢𝗴𝗼𝘀...
𝐌𝐮𝐤𝐡𝐚𝐲𝐲𝐚𝐦 𝐔𝐥𝐮𝐥 𝐀𝐥𝐛𝐚𝐛 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡

𝟭𝟰 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗕𝗲𝘀𝘂𝘁

Program Mukhayyam Ulul Albab anjuran Bahagian Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu dengan kerjasama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut membuktikan bahawa pendidikan luar bilik darjah mampu menjadi medan pembentukan jati diri yang holistik dan berkesan.

Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Kem Sri Keluang, Besut ini menghimpunkan seramai 320 orang pelajar dari semua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu serta majlis penutupan program ini dirasmikan oleh Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab.

Sepanjang program, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti merangkumi latihan kerohanian, kepimpinan, aktiviti fizikal serta pengukuhan semangat berpasukan. Pendekatan ini bertujuan mengasah ketahanan mental, memperkukuh kekuatan fizikal dan mempererat ukhuwah sesama peserta.

Menurut Pengarah Yayasan Terengganu, Mukhayyam Ulul Albab bukan sekadar satu program riadah atau aktiviti luar semata-mata, tetapi menjadi platform penting dalam membina sahsiah unggul serta membentuk pelajar yang seimbang dari aspek rohani, jasmani dan emosi.

Program ini dijangka terus menjadi antara elemen utama dalam pembangunan pelajar Ulul Albab seiring dengan visi sekolah melahirkan generasi Ulul Albab.





Galeri

: 0