info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

๐Ÿ’๐Ÿ–๐Ÿ‘ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐’๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ โ€˜๐ˆ๐ฆ๐ญ๐ข๐š๐ณ ๐Œ๐จ๐œ๐ค ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐ž๐ฐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“โ€™ ๐๐ข ๐”๐Œ๐“ ๐๐š๐ง ๐”๐‚...

13/08/2025

Facebook
๐Ÿ’๐Ÿ–๐Ÿ‘ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐’๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ โ€˜๐ˆ๐ฆ๐ญ๐ข๐š๐ณ ๐Œ๐จ๐œ๐ค ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐ž๐ฐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“โ€™ ๐๐ข ๐”๐Œ๐“ ๐๐š๐ง ๐”๐‚...
๐Ÿ’๐Ÿ–๐Ÿ‘ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐’๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ โ€˜๐ˆ๐ฆ๐ญ๐ข๐š๐ณ ๐Œ๐จ๐œ๐ค ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ฏ๐ข๐ž๐ฐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“โ€™ ๐๐ข ๐”๐Œ๐“ ๐๐š๐ง ๐”๐‚ ๐“๐€๐“i๏ฟฝ๐™‹๐™š๐™ง๐™จ๐™š๐™™๐™ž๐™–๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™ฌ๐™–๐™ก ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™๐™š๐™ข๐™ช๐™™๐™ช๐™œ๐™– ๐™ ๐™š ๐™„๐™‹๐™๐˜ผ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐˜ฝ๐™ž๐™–๐™จ๐™ž๐™จ๐™ฌ๐™–

๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ | ๐—จ๐—– ๐—ง๐—”๐—ง๐—œ, ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป

Seramai 483 orang pelajar Tingkatan 5 dari Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah menyertai program โ€˜Imtiaz Mock Interview 2025โ€™ yang berlangsung selama dua hari, bermula pada 12 Ogos di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan diteruskan pada 13 Ogos di University College TATi (UC TATi).

Bertemakan โ€œShaping Confidence, Showcasing Potentialโ€, program ini bertujuan mempersiapkan para pelajar dengan kemahiran dan pendedahan awal menghadapi temuduga sebenar, terutamanya bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), permohonan biasiswa dan peluang pendidikan tinggi yang lain.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani sesi temuduga simulasi bersama panel yang berpengalaman, dengan tumpuan kepada kemahiran komunikasi, keyakinan diri serta etika dan penampilan semasa temuduga.

Majlis perasmian penutup yang berlangsung di UC TATi telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof. Turut hadir ialah Pengurus Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Korporat UC TATi, Encik Ahmad Farid Ridhwan bin Zakaria dan Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Imtiaz), Puan Suffianah binti Jalaluddin.

Menurut pihak penganjur, program ini bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan pelajar, malah menjadi platform untuk mereka menonjolkan potensi serta bakat kepimpinan yang dimiliki. Ia juga dilihat selari dengan usaha Yayasan Terengganu dalam melahirkan pelajar cemerlang yang holistik dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Dengan pelaksanaan program seperti ini secara berterusan, diharapkan lebih ramai pelajar Imtiaz dapat mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah.




Galeri

: 0