info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢-𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮...

12/08/2025

Facebook
𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢-𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮...
𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐥𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢-𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐤𝐞 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐈𝐌𝐓𝐈𝐀𝐙 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐁𝐞𝐬𝐮𝐭

𝟭𝟮 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗦𝗠 𝗜𝗺𝘁𝗶𝗮𝘇 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 𝗕𝗲𝘀𝘂𝘁

Menjunjung duli atas keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Yang Di-Pertuan Muda Terengganu ke Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Besut sempena Lawatan Kerja Ke Daerah Besut sebagai Pegawai Tadbir, hari ini.

Keberangkatan tiba DYTM Tuanku telah disambut dengan penuh hormat oleh Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, YBrs. Encik Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan, Pegawai Daerah Besut, YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Mamat, Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab serta Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, YBrs. Encik Rosli bin Chik.

Lawatan kerja ini adalah sebahagian daripada rangka kerja bagi program attachment DYTM Tuanku di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang bertujuan untuk membolehkan DYTM Tuanku meninjau dengan lebih dekat ekosistem pendidikan IMTIAZ di samping beramah mesra bersama guru serta murid.

Antara sesi yang telah dipersembahkan kepada DYTM Tuanku adalah taklimat berkenaan Program Halaqah & Tahriri dan Produk-Produk Inovasi Murid IMTIAZ, Demonstrasi Robot Sumo serta Tulisan Khat, Aktiviti Memanah serta Persembahan oleh Kumpulan Nasyid Yusran.

Semoga dengan keberangkatan DYTM Tuanku ini akan membawa limpahan semangat dan inspirasi kepada seluruh warga pendidik serta pelajar di Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Besut.




Galeri

: 0