Facebook
“𝐉𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐢𝐤𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠, 𝐁𝐚𝐤𝐭𝐢 𝐃𝐢𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐢 – 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐑𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 & 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓”
𝟭𝟭 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗗𝘂𝘆𝗼𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗻𝗮 𝗥𝗲𝘀𝗼𝗿𝘁
Yayasan Terengganu telah menganjurkan Majlis Apresiasi & Jasamu Dikenang 2025 bagi meraikan jasa dan komitmen warga kerja yang telah menunjukkan kecemerlangan serta menghargai sumbangan para pesara.
Seramai 27 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah diraikan atas dedikasi luar biasa mereka, manakala 8 orang pesara turut diberi penghormatan atas khidmat bakti mereka sepanjang berkhidmat di Yayasan Terengganu.
Majlis penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Nara Setia, dan turut diiringi oleh Yang Berusaha Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab.
Yayasan Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat. Sesungguhnya, jasa kalian tetap dikenang dan menjadi inspirasi buat seluruh warga kerja.

Galeri
: 0