info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝐉𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤: 𝐇𝐮𝐥𝐮 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐑𝐮𝐣𝐮𝐤 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞...

05/08/2025

Facebook
𝐉𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤: 𝐇𝐮𝐥𝐮 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐑𝐮𝐣𝐮𝐤 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞...
𝐉𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤: 𝐇𝐮𝐥𝐮 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐑𝐮𝐣𝐮𝐤 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐂𝐆𝐒𝐎

𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Yayasan Terengganu hari ini bagi mendapatkan maklumat dan penerangan lanjut berkaitan pencapaian Anugerah Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) serta dokumentasi yang diperlukan untuk penyertaan dalam Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan.

Delegasi lawatan diketuai oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Yang Berusaha Encik Fairul Hisyam bin Mat dan telah disambut mesra oleh Ketua Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan) Yayasan Terengganu, Encik Yusrisyam bin Ibrahim.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik dan mendapatkan panduan secara langsung daripada pihak Yayasan Terengganu yang sebelum ini telah mencatatkan pencapaian cemerlang dalam aspek keselamatan perlindungan.

Semoga pertemuan ini dapat membuahkan hasil yang bermanfaat dan membantu Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu dalam usaha memperkukuh tahap keselamatan perlindungan serta meningkatkan peluang untuk cemerlang dalam penyertaan anugerah akan datang.

Galeri

: 0