info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

"𝐘𝐓 & 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐙𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮!" 𝟰 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿...

04/08/2025

Facebook
"𝐘𝐓 & 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐙𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮!" 𝟰 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿...
"𝐘𝐓 & 𝐔𝐧𝐢𝐒𝐙𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮!"

𝟰 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗶𝗻𝗮𝗹 𝗔𝗯𝗶𝗱𝗶𝗻, 𝗚𝗼𝗻𝗴 𝗕𝗮𝗱𝗮𝗸

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Terengganu (YT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuka lembaran baharu dalam kerjasama strategik bagi memperluas akses pendidikan berkualiti kepada anak-anak Terengganu.

Melalui kerjasama ini, pelajar cemerlang negeri akan ditawarkan laluan khas pengajian Asasi Sains Perubatan selama setahun di Pusat Asasi Ulul Albab UniSZA sebelum menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Pusat Asasi Ulul Albab UniSZA dipilih sebagai rakan strategik kerana menggabungkan akademik, hafazan al-Quran, dan penguasaan bahasa Arab – satu model pendidikan seimbang yang unik di Malaysia.

Dalam masa yang sama, YT turut meneroka peluang pengajian ke Afrika Selatan dan China untuk bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan dan perniagaan bagi manfaat pelajar Terengganu.

Inisiatif ini diharap menjadi landasan kukuh ke arah kecemerlangan mahasiswa dan pembangunan modal insan demi kemajuan negeri Terengganu.




Galeri

: 0