info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

"๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง๐—” ๐—•๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ: ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฌ๐—”๐—• ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚" KUALA LU...

30/07/2025

Facebook
"๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง๐—” ๐—•๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ: ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฌ๐—”๐—• ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚" KUALA LU...
"๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง๐—” ๐—•๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ: ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฌ๐—”๐—• ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚"

KUALA LUMPUR, 30 Julai โ€“ Program Dialog Santai YAB Menteri Besar Terengganu Bersama Pimpinan PERMATA Kebangsaan telah berlangsung dalam suasana santai dan mesra di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur.

Program ini menyaksikan kehadiran YAB Menteri Besar Terengganu, Datoโ€™ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, yang meluangkan masa bersama barisan pimpinan PERMATA untuk berkongsi pandangan, membincangkan pelbagai permasalahan semasa serta meneliti cadangan-cadangan bernas daripada generasi muda Terengganu.

Turut hadir memeriahkan sesi dialog ini ialah Yang Berhormat Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berusaha Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, serta pegawai-pegawai kanan Yayasan Terengganu.

Program ini dilihat sebagai platform berkesan dalam menjalin hubungan lebih erat antara pimpinan negeri dan golongan Mahasiswa Terengganu di perantauan, selain menjadi medan perbincangan terbuka mengenai pembangunan generasi anak muda di negeri.





Galeri

: 0