info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 : 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗞...

30/07/2025

Facebook
𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 : 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗞...
𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 : 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜

KUALA TERENGGANU, 29 Julai 2025 – Yayasan Terengganu dengan kerjasama Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu telah menganjurkan Kursus Pengauditan Pengurusan Kenderaan bertempat di Dewan Jamuan, Tingkat 18, Wisma Darul Iman.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Nazri Muda, Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu. Kursus selama dua hari yang berlangsung dari 29 hingga 30 Julai 2025 ini menghimpunkan seramai 60 orang peserta terdiri daripada pegawai, juruaudit dan pegawai pengurusan kenderaan mewakili Badan-Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan serta agensi kerajaan seluruh negeri Terengganu.

Sesi kursus yang dikendalikan oleh barisan penceramah berpengalaman iaitu Encik Ahmad Sayuthi Mohamad @ Shamsuddin dan Puan Hazlina Zailan dari Pejabat SUK Terengganu serta perkongsian khas bekas Pengarah Audit Negeri Terengganu, Encik Zulkifli bin Tungal bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh kepada para peserta mengenai tatacara dan kaedah pengurusan kenderaan kerajaan secara cekap, sistematik dan berintegriti.

Diharapkan penganjuran kursus ini dapat memperkukuh kompetensi pegawai, mempererat jaringan profesional antara agensi di samping menjadi platform perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam pengurusan kenderaan sektor awam di negeri Terengganu.

Galeri

: 0