info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

‘KUCA SUGHE’ MERAPATKAN SILATURAHIM WARGA YAYASAN TERENGGANU KUALA TER...

23/07/2025

Facebook
‘KUCA SUGHE’ MERAPATKAN SILATURAHIM WARGA YAYASAN TERENGGANU KUALA TER...
‘KUCA SUGHE’ MERAPATKAN SILATURAHIM WARGA YAYASAN TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 22 Julai – Program 'Kuca Sughe' anjuran Yayasan Terengganu (YT) berlangsung dengan penuh semangat gotong-royong dan suasana muhibah. Program ini telah berjaya menghimpunkan warga kerja YT, termasuk para pesara serta kepimpinan tertinggi yayasan.

YBrs. Tuan Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab turut meluangkan masa turun padang bersama-sama kakitangan dalam sesi memasak bubur Asyura (kuca sure), menunjukkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap budaya kerja berpasukan yang sihat.

Menambah seri program, kehadiran sebahagian pesara Yayasan Terengganu turut memeriahkan suasana. Kehadiran mereka bukan sahaja sebagai tetamu, malah turut serta membantu dalam proses penyediaan bubur, sekali gus mengeratkan silaturrahim antara warga lama dan baharu.

Program ini bukan sahaja bertujuan menghidupkan tradisi warisan turun-temurun, tetapi juga sebagai platform memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga yayasan serta masyarakat sekeliling.




Galeri

: 0