Facebook
𝐏𝐄𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟓 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐑𝐀𝐈 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐆𝐄𝐌𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐀𝐍
KOTA BHARU, 20 Julai – Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia Ke-15 (PESAYA 15) telah melabuhkan tirainya dengan satu majlis penutupan yang penuh gilang-gemilang di Hotel Renai, Kota Bharu, Kelantan.
Majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan, Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud menandakan berakhirnya satu lagi edisi temasya sukan yang menghimpunkan warga yayasan dari seluruh negara dalam semangat kesukanan dan perpaduan.
Kontinjen Yayasan Pelajaran Johor muncul juara keseluruhan bagi edisi kali ini, mengungguli pelbagai acara dan memperlihatkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan. Tahniah diucapkan kepada kontinjen tersebut atas kejayaan membanggakan.
Dalam majlis yang sama, diumumkan bahawa Yayasan Terengganu telah dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi PESAYA ke-16 yang akan datang. Pemilihan ini disambut baik oleh semua kontinjen, sekali gus menandakan kesinambungan semangat kebersamaan dalam kalangan yayasan seluruh Malaysia.
"Langkah Seterusnya, Bersama Kami!"

Galeri
: 0