Facebook
50 PELAJAR CEMERLANG SPM 2024 ANAK ALUMNI YT TERIMA INSENTIF SKIM TABUNG SSPN
KUALA TERENGGANU, 5 Julai – Majlis Penyerahan Insentif Skim Tabung SSPN bagi pelajar cemerlang SPM 2024 yang merupakan anak-anak alumni Yayasan Terengganu telah berlangsung di Dewan Al-Fateh, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Terengganu, hari ini.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Megat Samsuddin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu. Program anjuran Persatuan Alumni Yayasan Terengganu dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini bertujuan memberi penghargaan kepada 50 orang pelajar cemerlang yang berjaya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Setiap pelajar menerima sumbangan insentif sebanyak RM100 dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai dorongan dan galakan untuk terus cemerlang dalam bidang akademik serta merancang masa depan pendidikan dengan lebih teratur.
Turut hadir memeriahkan majlis, YBrs. Puan Azizah binti Nasik @ Abd Rashid, Pengarah PTPTN Negeri Terengganu, YBrs. Tuan Haji Rohaimi bin Yusof, Presiden Persatuan Alumni Yayasan Terengganu serta barisan Ahli Jawatankuasa Alumni Yayasan Terengganu.
Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan pihak alumni dan PTPTN dalam menyokong kecemerlangan pelajar serta memperkukuh hubungan silaturahim antara alumni dan Yayasan Terengganu.
#yt2025
#membangunilaimerintiskejayaan
#MalaysiaMadani
#TerengganuMajuBerkatSejahtera

Galeri
: 0