info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

"𝐊𝐎𝐌𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑 𝐑𝐈𝐁𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐞𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 - 𝐃𝐎𝐑𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈...

02/07/2025

Facebook
"𝐊𝐎𝐌𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑 𝐑𝐈𝐁𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐞𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 - 𝐃𝐎𝐑𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈...
"𝐊𝐎𝐌𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑 𝐑𝐈𝐁𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐞𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 - 𝐃𝐎𝐑𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐇"

KUALA TERENGGANU, 2 Julai 2025 – Satu majlis penyerahan komputer riba telah diadakan bagi meraikan 24 orang pelajar dari kalangan keluarga eKasih dan penerima tajaan biasiswa Yayasan Terengganu. Mereka telah dikenal pasti sebagai penerima sumbangan menerusi Program Sumbangan Komputer Riba kepada Siswazah Negeri Terengganu, di bawah Dana Program Pembasmian Kemiskinan. Program ini merupakan inisiatif Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPN), dengan kerjasama Yayasan Terengganu.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, YBhg. Dato' Haji Abdul Kahar bin Abdul Latif. Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, serta Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Sosio Ekonomi PPPN, Encik Mohd Naharruddin bin Mohd Yakin.

Inisiatif ini bertujuan meringankan beban keluarga B40 serta memberi dorongan kepada para pelajar untuk terus melangkah maju dalam dunia pendidikan dan kerjaya melalui sokongan prasarana digital. Komputer riba yang disumbangkan ini diharap menjadi pemangkin semangat kepada anak-anak Terengganu untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

Galeri

: 0