Facebook
"𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀, 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐉𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 - 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐄𝐆𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟓 ! "
KUALA TERENGGANU, 26 Jun – Majlis Amanat Pengarah dan Penyerahan Bendera Kontinjen Yayasan Terengganu ke Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) Ke-15 telah berlangsung dengan penuh semangat di ibu pejabat Yayasan Terengganu.
Dalam majlis tersebut, Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab telah menyampaikan amanat khas bagi menaikkan semangat dan daya juang para atlet serta pegawai yang akan mewakili Yayasan Terengganu ke temasya sukan dwitahunan tersebut.
Dalam ucapannya, beliau menyeru semua kontinjen agar menjadikan penyertaan ini sebagai satu platform untuk memperkukuhkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta menjulang nama baik Yayasan Terengganu di peringkat kebangsaan.
PESAYA Ke-15 dijadualkan berlangsung pada 12 - 20 Julai 2025 bakal menghimpunkan penyertaan sebanyak 14 yayasan negeri di seluruh Malaysia dalam pelbagai acara sukan.
#yt2025
#YTNelang!!!
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani

Galeri
: 0