info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

"𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐌𝐔, 𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈...

24/06/2025

Facebook
"𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐌𝐔, 𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈...
"𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐌𝐔, 𝐅𝐎𝐊𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋"

KUALA TERENGGANU, 24 Jun 2025 – Yayasan Terengganu hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Multimedia University (MMU) dalam usaha memperkukuhkan hubungan dua hala serta meneroka kerjasama strategik dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan.

Delegasi MMU diketuai oleh Presidennya, YBhg. Prof. Dato' Mazliham bin Mohd Suud, bersama Naib Presiden (Eksplorasi Pasaran, Jaringan dan Khidmat Pelanggan), YBrs. Prof. Ir. Dr. Zulfadzli bin Yusoff, Pengarah Unit Perhubungan Kerajaan dan Penglibatan Industri, YBhg. Datin Noorlindah binti Hassan, serta Penolong Pengurus Besar Pejabat Presiden, Encik Nizam Syamil bin Razalli.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan peluang-peluang baharu yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak Terengganu, khususnya dalam bidang multimedia, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kecerdasan buatan (AI) serta analisis data – bidang yang dilihat sebagai pemacu utama dalam landskap ekonomi digital masa depan.

Yayasan Terengganu menyambut baik jalinan strategik ini dan berharap ia akan membuka lebih banyak ruang kerjasama bagi memperkasa bakat muda negeri ini melalui pendidikan berkualiti dan latihan berasaskan industri yang relevan dengan keperluan semasa.




Galeri

: 0