Facebook
PENGARAH YAYASAN TERENGGANU BERSAMA MB TERENGGANU MENZIARAHI KELUARGA MANGSA NAHAS BAS PELAJAR UPSI
BESUT, 17 Jun — Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, mengetuai rombongan rasmi kerajaan negeri bagi menziarahi keluarga mangsa nahas bas yang melibatkan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini. Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Yayasan Terengganu (YT), YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri, dan wakil agensi berkaitan.
Rombongan ini bertujuan untuk menyampaikan ucapan takziah, memberikan semangat, serta sokongan moral kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi yang menyayat hati itu. Dalam kesempatan tersebut, pihak kerajaan negeri turut menyerahkan sumbangan bagi meringankan sedikit beban keluarga mangsa.
Menurut YAB Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri, kunjungan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat yang diuji dengan kehilangan insan tersayang.
"Kerajaan negeri sentiasa bersama rakyat dalam saat gembira mahupun duka. Kami berharap keluarga-keluarga mangsa terus tabah menghadapi ujian ini dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk meneruskan kehidupan," ujar beliau.
Beliau turut menyeru seluruh rakyat Terengganu untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan ketabahan keluarga-keluarga mangsa tragedi tersebut.

Galeri
: 0