Facebook
Delegasi Yayasan Terengganu Bersama Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu Adakan Kunjungan Hormat ke Atase Pendidikan Libya
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Delegasi Yayasan Terengganu yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan), YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Atase Pendidikan Libya, YBrs. Dr. Aiman Elmahmodi di Pejabat Hal Ehwal Pelajar Libya, baru-baru ini.
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan beberapa isu penting berkaitan penghantaran pelajar dari Terengganu ke Libya serta meneroka peluang kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi di negara Afrika Utara itu.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh tentang keadaan semasa dan status keselamatan di Libya, bagi memastikan kebajikan serta keselamatan pelajar-pelajar yang dihantar ke sana sentiasa terpelihara.
Yayasan Terengganu komited dalam usaha memperluas jaringan pendidikan antarabangsa dan sentiasa mencari peluang terbaik demi manfaat para pelajar negeri tersebut.
Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Zaini bin Mohd Nor, Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.
#yt2025
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani

Galeri
: 0