info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

"𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐊𝐞 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚, 𝐈𝐫𝐚𝐪 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐝𝐚...

01/06/2025

Facebook
"𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐊𝐞 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚, 𝐈𝐫𝐚𝐪 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐝𝐚...
"𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐫𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐮 𝐊𝐞 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚, 𝐈𝐫𝐚𝐪 𝐊𝐢𝐧𝐢 𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 !"

Delegasi Terengganu yang diketuai Pengarah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Republik Iraq di Kuala Lumpur. Turut hadir wakil Yayasan Terengganu & Pejabat Exco Pendidikan Negeri Terengganu.

Pertemuan bersama H.E. Mohammed E. Humood itu adalah bertujuan membuka ruang kerjasama dalam bidang pendidikan, termasuk penghantaran pelajar Terengganu ke universiti terkemuka di Iraq dalam bidang Pengajian Islam & Pergigian.

Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk meneroka potensi kerjasama yang lebih meluas pada masa hadapan demi manfaat bersama, terutamanya dalam usaha memperkasakan pendidikan dan pertukaran ilmu antara dua negara.

Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada masa depan pendidikan Negeri Terengganu yang lebih cemerlang dan bertaraf antarabangsa.



Galeri

: 0