info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

"𝗕𝗶𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗥𝗠𝟭.𝟲 𝗝𝘂𝘁𝗮 𝗗𝗶𝘂𝗺𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗨𝗖 𝗧𝗔𝗧𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 – 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮...

25/05/2025

Facebook
"𝗕𝗶𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗥𝗠𝟭.𝟲 𝗝𝘂𝘁𝗮 𝗗𝗶𝘂𝗺𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗨𝗖 𝗧𝗔𝗧𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 – 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮...
"𝗕𝗶𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗥𝗠𝟭.𝟲 𝗝𝘂𝘁𝗮 𝗗𝗶𝘂𝗺𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗨𝗖 𝗧𝗔𝗧𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 – 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻!"

KEMAMAN, 25 Mei 2025 - Hari Terbuka UC TATI 2025 yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, adalah sebuah acara yang sangat bermakna untuk pendidikan di Negeri Terengganu yang turut dihadiri oleh barisan kepimpinan negeri.

Dalam majlis tersebut, telah dilancarkan Biasiswa Terengganu Sejahtera, berjumlah hampir RM1.6 juta yang dapat dimanfaatkan oleh 200 orang pelajar setiap tahun bagi meneruskan pengajian di TATIUC dalam Peringkat Asasi serta Darul Huffaz TATI Skills.

Jumlah biasiswa yang disalurkan menerusi Yayasan Terengganu ini adalah sebagai pelaburan jangka panjang negeri untuk membangunkan modal insan yang kompetitif, berpengetahuan tinggi dan berakhlak mulia demi kesejahteraan serta kelestarian pembangunan sosioekonomi Terengganu dalam jangka masa panjang.

Peranan pihak-pihak terlibat dalam menyokong perkembangan para pelajar amatlah dihargai ; ianya memberi satu sinar harapan kepada generasi muda untuk terus maju ke hadapan seterusnya mengukir kejayaan cemerlang dalam lapangan pendidikan serta kerjaya.

Galeri

: 0