Facebook
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨
Kuala Terengganu, 19 Mei 2025 – Yayasan Terengganu telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan yang menghimpunkan seluruh warga kerja dalam suasana mesra dan harmoni. Majlis ini menjadi platform penting bagi menyampaikan amanat dan hala tuju organisasi.
Pengarah Yayasan Terengganu merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan atas komitmen dan usaha gigih yang telah melonjakkan imej organisasi dalam sektor perkhidmatan awam. Dua perkara utama ditekankan dalam ucapan, iaitu keperluan untuk berani berubah dan memperkukuh semangat kerja berpasukan.
Perubahan dilihat sebagai suatu keperluan bagi kekal relevan dalam era digital. Semua warga kerja diseru agar bersedia menyesuaikan diri, menilai semula cara kerja, dan memanfaatkan teknologi dalam menyampaikan perkhidmatan yang lebih cekap dan efektif.
Dalam masa yang sama, semangat kerja berpasukan diangkat sebagai asas kejayaan organisasi. Warga Yayasan Terengganu digalakkan untuk saling menyokong, menghormati dan meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Budaya berpuak-puak ditegah kerana boleh mengganggu keharmonian dan produktiviti.
Majlis turut mengumumkan penyertaan Yayasan Terengganu dalam Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) Ke-15 yang akan berlangsung di Kelantan. Warga kerja yang terpilih sebagai atlet diingatkan agar menjaga disiplin, semangat kesukanan dan kebersamaan.
Yayasan Terengganu menyeru semua warga agar terus bersatu dan bekerjasama dalam usaha memartabatkan organisasi ke tahap yang lebih tinggi menjelang tahun 2025.

Galeri
: 0