Facebook
𝗟𝗜𝗚𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝟮.𝟬 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗚𝗘𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗨𝗜𝗔𝗠
Gombak, 18 Mei – Majlis Perasmian Penutup Liga Anak Negeri 2.0 (LAN) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menyaksikan kehadiran para peserta Persatuan Mahasiswa Anak Negeri di UIAM.
Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara, yang hadir mewakili Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Tuan Adam Adli bin Abd Halim.
Turut hadir, Yang Berusaha Tuan Anuzi bin Nik Him, Pegawai Khas kepada Rektor UIAM, dan Yang Berusaha Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Timbalan Pengarah Pendidikan Yayasan Terengganu.
Liga Anak Negeri 2.0 bukan sekadar sebuah pertandingan sukan, malah merupakan platform penting dalam memperkukuh semangat perpaduan, memupuk bakat belia dalam bidang sukan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan anak-anak mahasiswa setiap negeri di UIAM
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan aksi cemerlang sepanjang kejohanan ini. Semoga semangat ini terus mekar dan membara demi masa depan belia Malaysia.
#yt2025
#membangunilaimerintiskejayaan
#MalaysiaMadani
#TerengganuMajuBerkatSejahtera

Galeri
: 0