info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH I...

08/05/2025

Facebook
MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH I...
MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU

SETIU, 8 Mei - Bertempat di Dewan Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom telah diadakan Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu (MASSMIYT 2025) yang mana Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Setiu sebagai tuan rumah telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan & NGO, YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim.

Turut hadir majlis tersebut Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, YBrs. Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof, Penolong Pegawai PPD Sektor Pembangunan Murid, YBrs. Encik Asmawi bin Sulong, Pegawai-pegawai Pengurusan Imtiaz, Pengetua-pengetua SM Imtiaz Yayasan Terengganu serta atlit-atlit dari 8 kontinjen SM Imtiaz Yayasan Terengganu.

Selama 3 hari perjuangan semua SM Imtiaz Yayasan Terengganu di semua daerah-daerah, maka pagi ini telah ternoktah dengan SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi MASSMIYT 2025.

Tahniah buat semua kontinjen SM Imtiaz Yayasan Terengganu atas komitmen dan sokongan terhadap MASSMIYT 2025.

Bagi penganjuran MASSMIYT akan datang SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman telah terpilih sebagai tuan rumah MASSMIYT 2026.





Galeri

: 0