info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

TAKLIMAT PROGRAM PERSEDIAAN KE BEIJING FOREIGN STUDIES UNIVERSITY (BFS...

30/04/2025

Facebook
TAKLIMAT PROGRAM PERSEDIAAN KE BEIJING FOREIGN STUDIES UNIVERSITY (BFS...
TAKLIMAT PROGRAM PERSEDIAAN KE BEIJING FOREIGN STUDIES UNIVERSITY (BFSU), CHINA

Kuala Terengganu, 30 April 2025 – Satu sesi taklimat Program Persediaan ke Beijing Foreign Studies University (BFSU), China telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Yayasan Terengganu dengan kehadiran pelajar-pelajar terpilih dan ibu bapa mereka.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Yang Berusaha Dr. Nor Bahiyah binti Omar dan Encik Muhammad Haziq bin Kamarulzaman dari Kolej INTEC, yang memberi penerangan menyeluruh berkaitan persediaan akademik, budaya serta keperluan logistik sebelum pelajar berangkat ke China.

Pelajar-pelajar yang terlibat dalam taklimat ini merupakan wakil dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Marang, Kemaman dan Besut.

Turut hadir ke sisi taklimat berkenaan, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, Yang Berusaha Tuan Haji Megat Samsuddin bin Megat Yusof, Ketua Penolong Pengarah (Projek & Pengurusan Harta), Yang Berusaha Dr. Haji M. Anuar bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Penajaan), Encik Azwandi bin Mohamad serta Penolong Pengarah Kanan (Penajaan), Encik Md Lizan bin Md Nong.

Taklimat ini bertujuan memberikan panduan awal kepada pelajar-pelajar dalam menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di luar negara serta memperkukuh kesiapsiagaan mereka menjelang pengajian di Beijing.




Galeri

: 0