info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

MAJLIS PERASMIAN PROJEK KECEMERLANGAN UASA TINGKATAN 3, SPM & STPM 202...

28/04/2025

Facebook
MAJLIS PERASMIAN PROJEK KECEMERLANGAN UASA TINGKATAN 3, SPM & STPM 202...
MAJLIS PERASMIAN PROJEK KECEMERLANGAN UASA TINGKATAN 3, SPM & STPM 2025 IMTIAZ KEMAMAN

KEMAMAN, 28 April – Majlis Perasmian Projek Kecemerlangan Tingkatan 3, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman berlangsung dengan penuh bermakna pagi ini.

Dalam ucapan YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu merakamkan ucapan tahniah kepada pihak sekolah atas inisiatif murni mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan utama negara melalui pelbagai program seperti kelas tambahan, bengkel teknik menjawab dan seminar motivasi.

Beliau turut mengingatkan para pelajar bahawa kejayaan memerlukan usaha gigih dan semangat tidak berputus asa, sambil menekankan bahawa bakat semata-mata tidak mencukupi tanpa disiplin dan keyakinan diri.

Sekolah Menengah IMTIAZ Kemaman sebelum ini pernah merangkul Anugerah Sekolah Terbaik Negeri bagi SPM 2023 dan muncul Sekolah Terbaik STPM Peringkat Kebangsaan dengan PNGK 3.66. Berdasarkan kejayaan tersebut, sasaran baharu telah ditetapkan iaitu GPS 1.80 untuk SPM dan PNGK 3.68 untuk STPM tahun 2025.

Dalam usaha mengekalkan kualiti pelajar, syarat kekal ke Tingkatan 4 di IMTIAZ Kemaman turut diumumkan, iaitu hafazan sekurang-kurangnya 15 juz dan pencapaian minimum 7A termasuk dalam subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik dan Sains.

Majlis ini juga turut menyuntik semangat kepada para pelajar agar terus yakin dengan potensi diri dan menjadikan matlamat sekolah sebagai misi peribadi untuk mencipta kejayaan lebih besar pada masa akan datang.

Turut hadir, YM Tengku Shahrir bin Tengku Dahlan, Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, para guru serta ibubapa pelajar.




Galeri

: 0