Facebook
MAJLIS KONVOKESYEN PEGAWAI INTEGRITI BERTAULIAH KE-11 TAHUN 2025
KUALA LUMPUR, 22 April - Seramai 586 orang pegawai daripada sektor awam, syarikat berkepentingan kerajaan (SBK) dan sektor swasta, telah ditauliahkan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) pada Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-11 Tahun 2025 di Dewan Tun Dr Ismail , Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Turut menerima tauliah berkenaan Ketua Unit Integriti Yayasan Terengganu, Encik Mohamed Hanafiah bin Mohamed.
Majlis anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki.
Program CeIO ini diperkenalkan pada tahun 2010 susulan Arahan Perdana Menteri No.1 Tahun 2009, bagi memperkasakan tadbir urus dan integriti dalam sektor awam, SBK serta swasta dan sehingga kini seramai 2,851 pegawai telah dilatih.
Turut hadir dalam majlis berkenaan, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman), Datuk Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Datuk Indera Junipah Wandi.

Galeri
: 0