info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDIDIKAN STPM YAYASAN TERENGGANU DAERAH K...

24/03/2025

Facebook
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDIDIKAN STPM YAYASAN TERENGGANU DAERAH K...
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PENDIDIKAN STPM YAYASAN TERENGGANU DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KUALA NERUS TAHUN 2024/2025

KUALA TERENGGANU, 24 Mac – Seramai 402 orang penerima bertuah dari tujuh (7) buah sekolah menengah sekitar daerah Kuala Terengganu dan tiga buah sekolah menengah dari daerah Kuala Nerus hari ini telah memperoleh manfaat Bantuan Pendidikan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Yayasan Terengganu. Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan STPM Yayasan Terengganu Tahun 2024/2025 telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah.

Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) amat berbesar hati untuk menghargai para calon Peperiksaan STPM Tahun 2024/2025 dengan bantuan pendidikan berjumlah RM500.00 setiap seorang. Bantuan yang diberikan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa cakna dan prihatin berkaitan hal ehwal pendidikan disamping sentiasa mencari kaedah terbaik bagi menghargai para pelajar yang sentiasa bertungkus lumus mengejar ilmu pengetahuan.

Hadir sama, Pengarah YT, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab serta Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Pendidikan) YT, Encik Yusrisyam bin Ibrahim.

Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak pelajar dan menjadi pemangkin semangat kepada semua untuk terus berjuang bagi mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.




Galeri

: 0