info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

MAJLIS BERBUKA PUASA & INFAQ RAMADAN PERSATUAN ALUMNI PELAJAR YAYASAN...

21/03/2025

Facebook
MAJLIS BERBUKA PUASA & INFAQ RAMADAN PERSATUAN ALUMNI PELAJAR YAYASAN...
MAJLIS BERBUKA PUASA & INFAQ RAMADAN PERSATUAN ALUMNI PELAJAR YAYASAN TERENGGANU BERSAMA ASNAF DAN ANAK YATIM TAHUN 2025

KUALA TERENGGANU, 21 Mac 2025 – Persatuan Alumni Pelajar Yayasan Terengganu (YT) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa & Infaq Ramadhan yang diadakan di Restoran Deelight, Kuala Terengganu. Majlis ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim yang memerlukan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Nazri bin Muda, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Imtiaz) Yayasan Terengganu yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Pendidikan) Yayasan Terengganu merangkap Timbalan Pengerusi 1 Alumni-YT, Encik Yusrisyam bin Ibrahim, Pengarah PTPTN Negeri Terengganu, YBrs. Puan Azizah Nasik @ Abd Rashid, Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Tinggi) Yayasan Terengganu, Encik Wan Mohamad Nazir bin Wan Jusoh, serta pegawai-pegawai kanan Yayasan Terengganu dan barisan AJK Persatuan Alumni Yayasan Terengganu.

Seramai 80 orang penerima sumbangan terdiri daripada pelajar-pelajar dari beberapa institusi seperti SMIYT Kuala Berang (20 orang), SMIYT Marang (30 orang), SMIYT Kuala Terengganu (10 orang), PPYT Kuala Berang (10 orang), dan TATI-UC (10 orang). Setiap penerima menerima sumbangan berupa tunai sebanyak RM100.00 dan Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM80.00.

Majlis ini merupakan hasil kerjasama antara PTPTN, Persatuan Alumni Yayasan Terengganu, serta sumbangan daripada syarikat-syarikat, agensi-agensi, dan individu-individu yang prihatin terhadap kebajikan golongan asnaf dan anak yatim di negeri Terengganu.

Dengan tema "Infaq Ramadhan: Cinta dan Kasih Bersama Asnaf dan Anak Yatim", program ini bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi rezeki pada bulan yang mulia ini, tetapi juga mengeratkan hubungan antara Alumni Yayasan Terengganu, PTPTN, dan masyarakat setempat dalam usaha membangun modal insan yang berkualiti dan berwibawa.




Galeri

: 0