info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

MAJLIS SANTUNAN KASIH MAHABBAAH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASA...

17/03/2025

Facebook
MAJLIS SANTUNAN KASIH MAHABBAAH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASA...
MAJLIS SANTUNAN KASIH MAHABBAAH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2025

KUALA TERENGGANU, 17 Mac - Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Anak-anak Yatim Piatu dan Asnaf (Fakir Miskin) Bersama Pengarah Yayasan Terengganu bertempat di Restoran Matahari.

Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab, Pengarah Yayasan Terengganu sudi meluangkan masa bagi menyantuni Anak-anak Yatim Piatu dan Asnaf dalam program tersebut.

Selain itu, majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu dan Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Imtiaz), barisan pengetua SM Imtiaz YT serta para guru pengiring.

Sebahagian besar penganjuran majlis ini telah disumbangkan oleh Bank Islam dan Yayasan Petronas. Yayasan Terengganu berbesar hati atas sumbangan yang telah diberikan.




Galeri

: 0