info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN WARGA YAYASAN TERENGGANU BERSAMA PENGARAH K...

12/03/2025

Facebook
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN WARGA YAYASAN TERENGGANU BERSAMA PENGARAH K...
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN WARGA YAYASAN TERENGGANU BERSAMA PENGARAH

KUALA TERENGGANU, 12 Mac 2025 – Buat julung kalinya, Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Yayasan Terengganu telah dilangsungkan dalam suasana harmoni dan mengambil barakah bulan Ramadan yang mulia. Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab menyatakan Majlis Perhimpunan Bulanan ini adalah peluang terbaik untuk mengeratkan silaturrahim sesama warga kerja disamping platform bagi berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan kemajuan semasa Yayasan Terengganu secara terus dari Pengurusan Tertinggi.

Dalam majlis tersebut, beliau turut memaklumkan kepada kakitangan YT beberapa perancangan berkaitan pendidikan iaitu penubuhan IMTIAZ International School yang dijangka akan beroperasi bermula Tahun 2026 serta perancangan awal bagi membina Kompleks Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Kuala Nerus. Disamping itu, beliau turut menitipkan kata – kata semangat kepada para atlet YT yang akan menjalani latihan persediaan bagi menyertai Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) Kali Ke-15 di Kelantan, Julai 2025 nanti. Majlis diakhiri dengan penyampaian watikah Ibu / Bapa Angkat PESAYA mengikut 11 jenis sukan yang disertai oleh YT.

Beliau berharap agar Majlis Perhimpunan Bulanan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan pengisian lebih konstruktif dalam usaha membina satu pasukan kerja yang mantap, berdedikasi serta harmoni.




Galeri

: 0