Facebook
KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN TERENGGANU KE PEJABAT KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI).
PUTRAJAYA, 13 FEB – Delegasi Yayasan Terengganu yang diketuai oleh Yang Berusaha Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab telah mengadakan satu kunjungan hormat Ke atas Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim.
Pertemuan ini diadakan untuk mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara Yayasan Terengganu bersama Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) bagi memperkasakan program pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid sekolah di negeri Terengganu. Selain itu, pertemuan ini dapat meningkatkan peluang-peluang penyertaan murid-murid sekolah dalam pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Turut serta dalam sesi kunjungan hormat berkenaan Timbalan Pengarah Pendidikan, Tuan Haji Megat Samsudin bin Megat Yusof bersama para pegawai Bahagian Pengurusan IMTIAZ.
Semoga hubungan dua hala ini dapat memberi manfaat kepada Yayasan Terengganu bagi meningkatkan minat murid-murid di Terengganu dalam meningkatkan lagi Inovasi dan Prestasi.
#yt2025
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani

Galeri
: 0