info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR) KEMENTER...

10/02/2025

Facebook
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR) KEMENTER...
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PUTRAJAYA, 7 FEB – YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu Telah mengetuai Delegasi Yayasan Terengganu ke Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan dengan lebih lanjut dan mendapatkan pandangan KPT mengenai aspek kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama Yayasan Terengganu bagi memastikan kesinambungan penghantaran pelajar Malaysia ke Algeria berjalan dengan lebih lancar.

Delegasi Yayasan Terengganu telah disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian serta para pegawai dari Bahagian Hubungan Antarabangsa, Bahagian Biasiswa dan Jabatan Pendidikan Tinggi.

Semoga hubungan dua hala ini dapat memberi manfaat kepada anak-anak pelajar Terengganu yang menyambung pengajian ke Timur Tengah kelak.




Galeri

: 0