Facebook
KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN TERENGGANU KE BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM (BPI), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CYBERJAYA, 22hb - Delegasi Yayasan Terengganu yang diketuai oleh Pengarah, Yang Berusaha Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab bersama para pegawai Bahagian Pengurusan IMTIAZ telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPI KPM) dan disambut oleh Yang Berusaha Tuan Haji Omar bin Salleh, Pengarah serta pegawai-pegawai kanan BPI KPM.
Dalam pertemuan berlangsung hampir tiga jam tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan khususnya melibatkan perkara-perkara berkaitan Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu antara melibatkan keperluan tenaga pengajar, pendaftaran subjek-subjek agama dan pengurusan utiliti. Aspek pengukuhan kerjasama serta persefahaman antara kedua-dua jabatan turut diberikan perhatian bagi memastikan segala isu berbangkit dapat ditangani secara berkesan disamping sebagai satu usaha untuk terus membawa SMIYT berada di puncak kegemilangan pendidikan negeri mahupun negara.
Semoga dengan kunjungan hormat tersebut, ianya akan memberikan pelbagai manfaat kepada SMIYT dalam jangka masa panjang ; ke arah pembentukan modal insan berkualiti yang bakal menjadi tulang belakang kepada kesejahteraan pembangunan Negeri Terengganu di masa hadapan.
#yt2025
#membangunilaimerintiskejayaan
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#MalaysiaMadani

Galeri
: 0