info@yt.gov.my +609-621 1800 Soalan Lazim Peta Laman
| |

KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITY COLLEGE TATI (UC TATI) KUALA TERENGGANU, 2...

02/01/2025

Facebook
KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITY COLLEGE TATI (UC TATI) KUALA TERENGGANU, 2...
KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITY COLLEGE TATI (UC TATI)

KUALA TERENGGANU, 2 Januari 2025- Membuka tirai Tahun 2025, Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Encik Ahmad Farhan bin Abdul Wahab telah menerima kunjungan hormat Delegasi University College TATI (UCTATI) yang diketuai oleh Rektor, YBrs. Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar bin Abdul Rashid bersama barisan pengurusan kanan bagi mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin disamping meneroka peluang – peluang baharu dalam bidang pendidikan tinggi.

Antara topik yang dibincangkan termasuklah kuota penajaan kepada para pelajar yang sedang mengikuti pengajian di UCTATI, cadangan program pengajian peringkat ijazah sarjana muda (berkembar) bersama universiti luar negara, Memorandum Persefahaman (MoU) yang bakal dimeterai bersama universiti di Algeria serta pelbagai perkara berkaitan bagi manfaat pendidikan tinggi rakyat Terengganu.

Yayasan Terengganu sentiasa menyokong UCTATI dalam pelbagai spektrum kerana ianya merupakan produk strategik Negeri Terengganu yang mampu menghasilkan graduan berkualiti serta menjadi rebutan pemain industri khususnya dalam bidang teknikal, teknologi dan oil & gas.




Galeri

: 0