
🎓 SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA KEMASUKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2027
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa semakan panggilan temu duga kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu bagi Tahun 2027 akan dibuka seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh Semakan: 13 – 23 November 2026
🕛 Mula Semakan: 13 November 2026 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari.
🌐 PAUTAN SEMAKAN: https://kemasukanimtiaz.awfatech.com
📌 TARIKH PELAKSANAAN TEMU DUGA
📅 24 – 26 November 2026
📍 Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
PERHATIAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA DAN CALON
Calon yang berjaya dipanggil temu duga hendaklah:
- Membuat semakan dan mencetak Slip Panggilan Temu Duga.
- Hadir mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
- Mematuhi segala arahan dan keperluan dokumen seperti yang dinyatakan dalam slip panggilan temu duga.
Ibu bapa dan penjaga dimohon untuk membuat semakan dalam tempoh yang ditetapkan serta memastikan calon bersedia menghadiri sesi temu duga.
📣 Mohon kerjasama semua untuk menyebarluaskan hebahan ini kepada ibu bapa, penjaga dan calon yang berkenaan. Semoga segala urusan calon dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan dalam proses pemilihan kemasukan ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
YAYASAN TERENGGANU
Melahirkan Generasi Ulul Albab
#YayasanTerengganu
#ImtiazTerengganu
#KemasukanImtiaz2027
#TemuDugaImtiaz2027