KUALA TERENGGANU, 14 SEPT – Keceriaan jelas tergambar di wajah 39 orang pelajar yang akan berangkat ke Mesir dan Jordan yang diraikan dalam Majlis Amanat dan Penyerahan Bantuan Persediaan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu. Seramai 11 orang pelajar telah menerima tajaan Yayasan Terengganu, manakala 28 orang lagi merupakan pelajar tajaan Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.
Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Terengganu mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang diraikan pada hari ini dan berharap agar kesemua mereka dapat menggunakan peluang yang diberikan ini untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu di luar negara dalam bidang masing-masing untuk dimanfaatkan kepada agama, bangsa dan negara.
Semoga Berjaya !
Views: 23