KUALA TERENGGANU, 30 Julai – Majlis ramah mesra bersama atlet adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara atlet dan YB Ahmad Shah bin Mohamed, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan selaku Bapa Angkat Sukan Karate Terengganu serta Yayasan Terengganu selaku Jabatan Angkat Sukan Karate Terengganu. Majlis ini melibatkan sesi pertemuan santai di mana atlet boleh berinteraksi, berkongsi pengalaman mereka, dan diberikan sokongan serta semangat daripada Bapa Angkat dan Jabatan Angkat mereka.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pengarah Yayasan Terengganu, YBrs. Dr. Haji Nasree bin Najmi, Timbalan Pengarah (Pembangunan Sukan) Majlis Sukan Negeri Terengganu, YBrs. Puan Rohani binti Mat Amin, Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Terengganu, Grandmaster Najmi bin Abdullah, Presiden Persekutuan Karate Sukma Terengganu, YBrs. Puan Shamsiah binti Mukhtar, Pengurus Pasukan Karate Sukma Terengganu serta barisan jurulatih Pasukan Karate Sukma Terengganu.
Semoga Berjaya !
Views: 39