KUALA BERANG, 15 Julai – Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang hari ini telah menjadi tuan rumah bagi Program STEM Outreach Workshop 2024 Zon C yang melibatkan beberapa buah sekolah dari daerah Marang dan Kuala Berang dengan penyertaan seramai 100 orang pelajar.
Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Sa’hari Anuar bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Akademik) JPINT, YBrs. Encik Ahmad Fadhil bin Mohd Salleh, Penolong Setiausaha (Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, YBrs. Ustaz Mazelin bin Ali, Pengetua Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, YBrs. Cik Faizah Nasriah binti Osman, Penolong Pengarah (Ensiklopedik) Yayasan Terengganu serta pegawai-pegawai Yayasan Terengganu & JPINT.
Views: 34